Tuesday 26 June 2012

BUAT AWAK Y TERSAYANG

buat awak yang saya sayang...
terima kasih atas semuanya...
memberi peluang saya menjadi insan teristimewa
dalam hidup awak.
buat awak yg saya sayang
walaupun saya tiada disisi awak
saya tetap menyayangi awak
saya tetap ingat kat awak...
buat awak yang saya sayang..
saya sayang awak,
biar pun kita jauh saya tetap sayang awak,
biar pun kita jarang jumpe saya tetap sayang awak,
biar pun awak mcm mane saye tetap sayang awak,
pendek kata saya mmg sayangkan awak..
walaupun awak bukan yang pertama
tapi bagi saya awak tetap yang pertama
buat awak yang paling saya sayang...
terima kasih kerana sentiasa sabar ngan sikap saya,
buat awak yang paling saya kasihi...
terima kasih kerana masih setia ngan saya,walau pun saya ni banyak kekurangan,
buat awak yang sentiasa dalam ingatan saya..
terima kasih kerana hanya awak merindui saya
terima kasih...terima kasih.
walau pun saya jarang bagitau awak yang saya sayang dan rindu pada awak
tapi...dalam hati saya ni selalu ingat dan sayang awak...

Ready...BACALAH..



CINTA?~

♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...

♥ bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !

♥ so, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.

♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,
bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa jika itu yang benar-benar dialami.

♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,
cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan lupakan.
 — 




Madah Comel

MY MS HAPPY BEAR

Patung beruangku...

Setiap pagi asyik menyambutku

Dengan senyuman mu

Kau membuat aku rasa bahagia...

Patung beruangku...

Aku tidak pernah rasa marah

Apabila aku mulai rasa hilang resah

Kau membuat aku rasa bahagia

Patung beruangku...

Kau lah satu dihatiku

Kerana kau pemberiannya..



pada ku,
Kau indah dari dalam ke luar.. Perbuatan kita diperhatikan, lantas dua pihak trsayang kita memberi restu untk bsama, jgn sia-siakan peluang ini, aku hanya mencari cinta darimu dan memulang cinta jika ada ragu datang mencela dalam kesetiaan kita bdua.. Tiada rasa sakt dan pilu selagi kau bsama, itu janjiku.. Nur ain hamdan

ade citer di sebalik Gadis Oktober..


Samar…
Apabila aku hilang rasa cinta
Apabila aku hilang rasa rindu
Apabila aku hilang kasih sayang
Apabila aku hilang segalanya yang aku mau

Itulah yang dapat ku huraikan apabila gadis yang aku gila-gilakan dan aku cintai, dengan tanpa segan silu dia memohon untuk memutus hubungan kepada ku. Tak silap aku, masa itu akhir bulan Februari 2011.

Dia meminta putus hubungan yang telah terjalin 8 bulan lamanya... Aku rasa nak menitiskan airmata ku tetapi aku memikirkan semula, ’buat apa aku harus menangis kerana seorang gadis yang tidak tahu nilai pengorbanan ku sewaktu aku bersama si dia.

Aku pun setuju untuk melepaskan si dia. Yalah... masa dan tempoh aku bersama-sama dia, dia sedikit pun tidak ucap terima kasih apatah lagi memuji segala perbuatanku dalam percintaan kami. Bahkan masa aku bersama si dia, kawan-kawan aku tak sudah sudah mengatakan yang dia ada teman lain sewaktu aku sibuk berkerja di perantauan. Sewaktu aku melepaskan si dia, air mata jantan akhirnya tumpah walaupun aku memaksa diriku jangan menangis.

Tanpa membuang masa, aku mencari seorang sahabat aku untuk mendapatkan khidmat nasihat darinya. Nama dia Izwan, Izwan merupakan kawan aku sejak aku sertai diploma intergrasi kursus ukur tanah di Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada tahun 2010. Bagi aku, Izwan merupakan seorang kawan yang boleh memberi pandangan yang segar dan mampu aku terima dan dia juga merupakan seorang yang bijak mengurus kehidupannya sehingga dia mampu mendapatkan aset dengan kemampuannya sendiri. Aku kagum dengan Izwan sebab dia mampu berdiri di kaki sendiri.

Izwan datang lewat 10 minit seperti yang dijanjikan. Takpe, mungkin dia ada urusan lain sebelum berjumpa dengan aku. Aku memanggil pelayan untuk mengambil order minuman. ”Kau okey ke Hafiz? Kalau tak okey, baik kau berehat di rumah saja...” Izwan menanyakan aku sambil mengurut bahuku. ”Aku okey je tapi... tulah... aku selepas ini mungkin tak berminat untuk bercinta lagi Wan. Baik aku menjaga ibuku yang sibuk melayan karenah adik-adik ku di rumah. Lagipun aku kan anak sulong. Tanggungjawab aku besarkan terutama orang macam aku ni yang tiada bapa” jawabku sambil mengerut dahi. Jawapan aku sebentar membuatkan Izwan makin mengurut bahuku. Rasa rimas pula bila Izwan melakukan sebegitu pada aku tapi aku membiarkan dia mengurut bahuku.

”Macam ni jela... apa kata kau bercuti buat sementara waktu ni. Ambil masa untuk lupakan si Yat tu. Kalau aku pun, aku mesti panas hati kan kalau...”. Belum habis Izwan bercakap, aku tanpa sengaja menangis di depan Izwan. Aduh... mengapa mudah sungguh aku menangis. Malunya aku, menangis pula depan lelaki. ” Dah lah... tak perlulah kau menangis Hafiz... Yat memang tak cintakan kau lah... Lagipun, kawan-kawan kita kan nampak dia keluar dengan lelaki lain, baik kau lupakan dia... ramai lagi perempuan yang sukakan kau Hafiz. Bunga bukan sekuntum. Yang sampah tetap sampah Fiz, Yang indah tetap indah. Aku syorkan kau pergi berehat di rumah dan banyakkan istifar padaNya dan mohon padaNya supaya kau lekas lupakan Yat tu”. Berjela-jela si Izwan ni memberi nasihat padaku. Yang masuk dalam kepala aku cuma satu je... Bunga bukan sekuntum... hah... ayat tu memang betul. Lagipun sekarang ni dunia kan sudah sampai peringkat akhir zaman, perempuan tu lebih ramai dari lelaki. Aku sokong kau Izwan.

Aku pun terus pulang ke rumah. Macam biasa, setiap kali aku nak mandi, aku mesti membelek deretan gigi putihku di depan cermin.. Dengan menyebut huruf E, aku pasti akan perhatikan semua deretan gigi ku supaya sentiasa sihat dan tiada plak. Selepas berpuas hati, barulah aku gosok gigiku dan argggghhhh.... sakitnya... kenapa yer? Aku sekali semak deretan gigiku dan aku terasa gigi bongsuku sudah kelihatan dihujung gigi geraham. Alamak, alamak... apa lah aku nak buat ni? Gigi aku betul-betul sakit lah... selepas memikr sejenak, aku pun kumuh air garam kerana air garam mampu meneutralkan rasa sakit pada gigi.
Keesokan harinya, aku tetap berkerja walaupun hujung minggu. Hari sedemikian rupa sepatutnya aku berherat ke rumah tapi aku rasa tak sesuai dengan jiwaku yang sedang meluak-luak untuk menambah pendapatan hidup aku. Aku di panggil oleh pihak syarikat baru di buka untuk menjadi DJ bagi mempromosikan barangan yang di niagakan oleh pihak syarikat itu.

Setelah habis berkerja, bos tersebut memberi gaji sambilan aku dan bos tersebut ada juga memberikan aku satu gelang kunci yang berbentuk hati bagi tanda berterima kasih kerana menjayakan program promosi barangan syarikatnya. Akan tetapi, aku nak buat apa dengan gelang kunci ni? Lagipun aku bukan suka dengan gelang kunci ni... Aduh, gigiku mula terasa sakit. Baik aku pergi ke klinik gigi untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.

Pagi hari Isnin macam ni membuatkan aku sedikit ‘panas’ kerana jalan nak ke klinik gigi mula sesak. Aku berasa hairan, mengapalah bandar yang kecil sebegini masih boleh sesak jalan seumpama aku berada di kotaraya besar Kuala Lumpur? Mungkin pengguna jalan raya sekarang ni bertambah ataupun mungkin pengguna jalan raya ini hanya tahu ini sajalah jalan untuk mereka pergi ke tempat kerja. Aku di atas motor ni berasa leka apabila melihat karenah pengguna jalan raya. Seolah-olah kita berada di landasan untuk berperang.

Tibanya aku ke klinik gigi tersebut, aku berasa marah dengan pembantu klinik kerana lambat mencari kad laporan aku. Tak silap aku, dulu aku pernah datang ke klinik gigi untuk membuang plak gigi.

”Cik, lambat lagi ke giliran saya untuk mendapat rawatan gigi saya ni? Saya rasa sakit sangat ni cik...” Ujar aku kepada pembantu klinik itu. ”Maaf encik, saya lupa nak beritahu encik yang kami sedang sibuk menjalankan pembedahan seorang pesakit. Mungkin encik perlu datang semula pada pukul 11 pagi”. Apa? Dia cakap datang semula pada 11 pagi? Dia ingat aku boleh tunggu ke? Jam sekarang ni pun dah tunjuk pukul 9.30 pagi. Dia ni memang nak kena marah dengan aku ni.
Apabila aku memandang wajahnya, aku tak mampu melontar perasaan marah aku, seolah-olah ada malaikat cinta sedang hinggap di mata aku. Aku terdiam sambil memerhatikan raut wajahnya dalam ketakutan. Ketakutan di marahi oleh aku. “takpa cik, saya datang lagi... saya pun belum sarapan lagi ni, kalau pembedahan pesakit tersebut dapat siap awal, rasanya cik boleh hubungi saya dengan nombor telefon saya ni... 0122345870. Apabila cik dah hubungi saya, saya akan segera datang ke klinik ini ya”. Aku pun terus beredar dan aku terus mencari warung yabng terdekat dengan klinik ini.

Tak sampai satu jam, pihak klinik gigi tersebut hubungi aku untuk datang semula ke klinik ini. Aku pun segera datang ke klinik tersebut dan dapatkan rawatan sakit gigiku. Rawatan tersebut gagal kerana kos rawatan itu tinggi dan mungkin aku tak mampu membayarnya. Sebelum aku beredar dari klinik aku, aku sempat memberi gelang kunci aku pada si pembantu klinik sambil aku mengucap terima kasih kepadanya.

Malam tersebut, aku terima SMS dari orang yang tidak aku kenali. Menurut SMS itu, dia mengucapkan terima kasih kerana memberi gelang kunci berbentuk hati. Aku rasa aku tak perlu teka siapa dia. Waktu sekarang ni aku mau tahu siapa nama dia dan dia tinggal di mana kerana hati kecilku berbisik untuk mengenali si dia.

Nama dia Nurain. Panggilan manja Anne... Ermmm.... nama orang putih tu... haha, apa-apa jelah... yang penting aku dah dapat nombor telefon dia. Anne, kenapa tiba tiba hatiku berdebar untuk mengenalimu?

Setelah beberapa minggu mengenali, akhirnya dengan berani, aku bercinta dengan Anne. Kawanku Izwan turut gembira apabila tahu yang aku sedang bercinta. Aku beritahu Anne yang harijadi aku sudah dekat. Aku berharap Anne dapat memberi hadiah aku sewaktu hari jadi ku tiba.

17 April 2011, detik peringatan bahawa aku ini semakin tua dan usiannya sudah lanjut pada 24 tahun. Syukur pada Allah kerana mengizinkan aku bernafas di atas medan ujianNya ini. Ak sedar bahawa aku sekarang banyak di uji dengan pelbagai dugaan dan aku mengetahui bahawa aku adalah salah seorang hambaNya yang Dia sayangi. Anne datang berjumpa dengan aku dan membawa hadiah seperti dia janjikan. Dalam hadiah itu mengandungi patung anak beruang dan sekeping kad yang sangat comel. Aku membaca kad tersebut dan di dapati Anne amat mencintai aku.

25 Oktober 2011 merupakan hari jadi Anne dan aku telah berjanji dengan dia yang aku akan buat kejutan seperti dia membuat kejutan pada hari jadi ku yang kelmarin. 25 Oktober 2011 juga merupakan detik sejarah kepada diriku dan Anne sebab sewaktu aku berebut pulang dari kerja, aku memandu kereta dengan laju dan tanpa di sedari aku di langgar oleh sebuah kereta yang entah mana munculnya. Hadiah hari jadi Anne terpelanting keluar dari kereta dan aku pula tak sempat untuk menyelamatkan hadiah itu. Aku dikejarkan ke hospital dan penglihatan aku terus gelap.

Sedih....
Aku berharap kau sentiasa doakan diriku...
Aku berharap kau tidak berputus asa menyintaiku...
Aku berharap kau tidak bosan dengan aku...
Aku berharap kau sentiasa di sisiku
Kerana aku mahu kau tahu...
Aku tidak bernyawa seandainya kau hilang di pandangkau...

”Anne... ” perkataan pertama yang terkeluar dari mulutku setelah seminggu aku koma di dalam kamar hospital. ”Maafkan Hafiz yer sebab susahkan Anne, Hafiz tak berniat pun nak buat kejutan macam ni, tapi....”. Belum sempat aku habiskan ayat ku, Anne mengucup dahiku sambil menangis kesyukuran. Doktor pantas datang ke arah aku dan buat segala pemeriksaan. Alhamdulilah, semuanya ok, Cuma aku rasa lenguh badan kerana lama aku berbaring koma di dalam kamar ini.

Hari ini, aku dan Anne sibuk mengumpul duit. Keluarga kami sarankan kami lekas kahwin dan bina masjid baru. Walaupun Anne masih muda, bagi aku, Anne seorang gadis yang amat memahami aku. Sedikit pun dia tak merasa payah dengan cara hidup aku. Sebaliknya dia bahagia dengan aku. Adakah ini cinta sejati? Aku tidak mampu menjawabnya kerana aku hanya mampu merancang dan Allah jualah penentu jodohku. Kini, segala kebahagiaan aku terletak pada Anne dan aku berharap Anne sentiasa berdiri di sebelah aku untuk aku teruskan hidup dengan rasa gembira. Anne lah GADIS OKTOBER aku dan dia lah segalanya bagi aku.

Tamat...

Terharunyer

BERCERITA TENTANG SEMALAM
Semalam,
Khabar palsu terselaput dalam dada
Membikin rasa sakit turun bawa ke hati
Khabar palsu mula meluas
Di bawa dalam satu jagad raya


Semalam,
Tuan pemberitahu terasa perasaan cemburu
Tatkala si pendengar setia bawa bencana
Mula kosong hubungan cinta

Hari ini,
Tuan pemberitahu membetulkan keaadaan
Kerana tuan pemberitahu yakin ia adalah SALAH
SALAH kerana bercerita
SALAH kerana kosa kata

Hari ini dan saat ini
Janji mula dimaterai,
Takkan hilang cinta yang teguh
Takan luntur setia cinta dua meparti.

Puas bercerita tentang SEMALAM,
Hari ini mula mengukir PENGAJARAN.

p/s: Khas untuk NURAIN HAMDAN

I made this widget at MyFlashFetish.com.